logo

logo

Monday 26 November 2012

Video cara membuat satey buah-buahan


Story Board



·      Pertama sekali kita perlu sediakan buah-buahan untuk membuat satey buah-buahan seperti buah tembikai, jambu batu, anggur, belimbing dan epal.


·      Seterusnya buah-buahan yang digunakan hendaklah dicuci terlebih dahulu untuk memastikan kebersihan buah-buah tersebut terjamin.




·      Selepas dicuci, buah-buah tersebut perlulah dikupas kulitnya.




·      Setelah dikupas buah-buah tersebut hendaklah dipotong kecil-kecil atau dipotong dadu.


·      Inilah hasilnya setelah buah-buahan tadi siap dipotong dan sedia untuk dijadikan satey buah-buahan.



·      Untuk membuat satey buah-buahan, buah-buah yang telah dipotong kecil tadi hendaklah digaul dengan asam boi sehingga buah-buah tersebut kelihatan berwarna oren.







·      Setelah selesai digaul, buah-buah tersebut perlulah dicucuk dengan lidi satey secara berselang seli sehingga habis.




·      Buah-buah yang telah dicucuk dengan lidi satey tadi sedia untuk dihidangkan dengan kreativi masing-masing.